Friday, 21 June 2013

Istikharah

Assalamualaikum

"Wahai hati yang resah fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan tenanglah, buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan."

mungkin ini yang akan kita rasai bila ingin membuat sebarang keputusan even ayu sendiri pun sedang mengalaminya sekarang..

di sini ingin ayu kongsikan satu artikel yang bermanfaat tentang istikharah dari laman HILAL ASYRAF








Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara.
Contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah. Harianislam.com


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi membaca. Jangan lupa untuk tinggalkan komen sekali :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...